Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Persiapan Sesi Persekolahan Tahun 2020 Dengan Program Ceria Kembali Ke Sekolah Malaysia Airports

121 Orang Pelajar dari SK Kota Warisan dan SK Sungai Pelek Terima Bantuan Kelengkapan Persekolahan

NILAI – Seramai 121 orang pelajar daripada SK Kota Warisan dan SK Sungai Pelek bersama 40 orang sukarelawan Skuad Ceria yang terdiri daripada wargakerja Malaysia Airports telah membeli belah kelengkapan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2020 yang bakal bermula Januari ini. Program Ceria Kembali ke Sekolah ini merupakan sebahagian dari rangka kerja inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Malaysia Airports iaitu Airport@Community. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada darjah 1 sehingga darjah 6. Sesi membeli belah tersebut telah diadakan di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Negeri Sembilan.

Salah satu daripada objektif Program Ceria Kembali ke Sekolah ini selain daripada memberi semula kepada komuniti sekeliling adalah untuk memberi sokongan motivasi kepada mereka untuk terus menuntut ilmu dalam suasana yang lebih ceria dan fokus dengan kelengkapan dan peralatan persekolahan yang baru.

Menyatakan komitmen Malaysia Airports dalam program seumpanya, ketua pegawai operasi Malaysia Airports , Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata “ Program CSR Kembali ke Sekolah ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung para pelajar dengan adanya peruntukan lebih kurang RM800 setiap seorang pelajar. Malaysia Airports terus komited dalam membantu komuniti sekeliling terutamanya di sekitar lapangan terbang yang kami beroperasi. Kami juga amat bebesar hati kerana ini merupakan hasil usahama berterusan bersama Lembaga Zakat Selangor.”

Ujar Dato’ Mohd Shukrie lagi, “Inisiatif proaktif ini bukan sahaja untuk kami berkongsi kegembiraan bersama para pelajar ini namun ianya juga bertujuaan untuk memberi pengalaman yang ceria dengan memilih sendiri barangan kelengkapan sekolah yang mereka inginkan. Wajah kegembiraan jelas terpapar di raut wajah mereka apabila mereka berpeluang untuk memilih sendiri kelengkapan yang merangkumi kasut sekolah, pakaian sekolah, serta alat kelengkapan yang lain.  Kami akan terus mengusahakan lebih banyak program seumpama ini di masa akan datang bagi menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukanya. Senyuman dan kegembiraan para pelajar ini amat besar ertinya kepada kami”

Sumbangan sebanyak RM 105,885 itu telah disampaikan kepada wakil SK Kota Warisan dan SK Sungai Pelek oleh Dato’Mohd Shukrie di mana sesi beli belah juga turut diadakan.  Selain kelengkapan sekolah, para pelajar turut menerima sumbangan berupa hamper coklat dan makan daripada Malaysia Airports sebelum mereka meneruskan perjalanan balik ke sekolah.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Section Heading