Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

STOLport Kudat Dan Marudi Bakal Menerima Pegawai Bomba Bantuan Hasil Kerjasama Antara Malaysia Airports Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

PUTRAJAYA - Sebuah majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Malaysia Airports dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diadakan pada awal hari ini dalam usaha bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua belah pihak dalam memberikan perkhidmatan kebombaan dari segi gerak kerja yang lebih efisyen dan sistematik terutamanya di kawasan padang terbang pelepasan dan pendaratan ringkas atau STOLport. Perjanjian ini turut dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan ketersediaan para penyelamat di dalam bentuk bencana yang tidak dijangka.

STOLport merupakan padang terbang di kawasan pedalaman yang dikendalikan oleh Malaysia Airports di bawah inisiatif organisasi tersebut bagi mewujudkan serta menggalakkan perhubungan terutamanya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang mempunyai muka bumi mencabar dan agak jauh untuk dicapai melalui jaringan pengangkutan yang lain. Dengan temeterainya memorandum perjanjian ini, STOLport Marudi, Sarawak dan STOLport Kudat, Sabah masing-masing telah menerima seramai 9 dan 6 orang Pegawai Bomba Bantuan (PBB). Malah, Malaysia Airports dan JBPM turut sedang dalam perancangan bagi menggunakan perkhidmatan PBB di STOLport Mukah dan Lawas, Sarawak.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airports berkata, “Kami amat berbesar hati dengan kerjasama ini  bersama JPBM. Dengan temeterainya memorandum ini,  bukan sahaja pihak Malaysia Airports akan dapat manfaat dari segi ilmu pengetahuan dalam melaksanakan operasi kebombaan dengan lebih cekap, teratur dan professional tetapi ia mampu membuka peluang-peluang pekerjaan kepada sukarelawan kami di setiap STOLport yang terbabit”.

Pengambilan PBB merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil oleh JPBM. Semenjak daripada tahun 2014, JBPM telah mencatatkan sejarah di mana bermulanya pengambilan PBB di seluruh negara. Pengambilan PBB semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga kini jumlah keseluruhan PBB adalah seramai 2,250 pegawai di seluruh negara.

PBB terlibat yang bakal ditempatkan di Marudi dan Kudat telah mendapat latihan oleh JBPM selama 10 hari dengan pelbagai modul intensif pada bulan Disember tahun lepas.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading