Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Sumbangan Malaysia Airports Bantu Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Di SK Salak Sepang

Bantuan Peralatan Mengajar Memudahkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Murid-Murid Bekeperluan Khas

SEPANG – Sebuah majlis penyerahan sumbangan keperluan bantuan mengajar bagi Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) oleh Malaysia Airports kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Sepang telah diadakan awal hari ini bertujuan bagi menambahbaik mutu pembelajaran untuk murid-murid berkeperluan khas. 

Sumbangan kewangan berjumlah RM11,000 oleh Malaysia Airports ini pada masa yang sama diadakan bertujuan bagi mewujudkan suasana yang selesa, menarik dan kondusif bagi menyuntik semangat pembelajaran dikalangan murid-murid istimewa ini selain membantu pihak SK Salak memperoleh alat bantuan belajar yang bersesuaian. Antara peralatan yang diperlukan merangkumi peralatan pengurusan diri, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, peralatan dapur serta perkebunan dan peralatan terapi. 

Menurut pengurus besar komunikasi korporat Malaysia Airports Nik Anis Nik Zakaria, “Initisiatif ini merupakan salah satu daripada rangka kerja tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports dibawah tunggak pendidikan dan kepimpinan belia. Di bawah inisiatif ini, ianya memfokuskan kepada menyediakan peluang pendidikan untuk para pelajar dan juga membantu menaik taraf kehidupan masyarakat sekeliling lapangan terbang.”

“Kami amat mengagumi usaha yang telah diambil oleh SK Salak ini dalam menyediakan pendidikan menyeluruh untuk murid-murid istimewa ini. Kami berharap agar sumbangan yang disalurkan ini dapat membantu pihak sekolah bagi memperoleh peralatan-peralatan tersebut seterusnya memberi faedah kepda pelajar PPKI di sekolah ini. Ianya juga diharapakan dapat membantu mereka dalam meningkatkan prestasi pembelajaran serta pengurusan diri lantas membakar semangat mereka untuk terus belajar”, tambah beliau.

SK Salak mempunyai 17 orang murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori masalah pembelajaran yang dibimbing oleh 4 orang guru berdedikasi sejak tahun 2012. Antara kategori murid yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah ini adalah Sindrom Down, Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan masalah fizikal. Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah penghalang bagi murid-murid ini untuk menimba ilmu. Malah sekolah ini bukan sahaja menitik berat akan pendidikan akademik tetapi ia turut memberi tumpuan dalam pendidikan kemahiran hidup untuk membekalkan mereka dengan pendidikan menyeluruh termasuk perkembangan kecekapan deria atau motor skills. 

SK Salak turut terlibat dalam beberapa program di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat Malaysia Airports sejak tahun 2017 dan pernah terpilih untuk menyertai program klinik bola sepak bersama 3 buah sekolah lain di sekitar daerah Sepang. Selain itu, mereka turut terlibat dalam beberapa aktiviti anjuran Malaysia Airports seperti Majlis Ceria Aidilfitri dan program lawatan sambal belajar ke KLIA iaitu Pay It Forward.

Sementara itu, guru besar SK Salak Encik Ishak Noh berkata, “Kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Malaysia Airports kerana sumbangan berbentuk kewangan ini banyak membantu kami dalam inisiatif untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid berkeperluan khas ini untuk berada di tahap yang lebih baik. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu murid-murid berkeperluan khas di sekolah ini untuk lebih maju ke hadapan khususnya dalam bidang pembelajaran serta pengurusan diri.”

Malaysia Airports berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat membuahkan hasil serta lebih ramai murid yang mendapat faedah daripada sumbangan ini untuk jangka masa panjang untuk memastikan matlamat program ini tercapai.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading