Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

Warga Kerja Malaysia Airports Terima Anugerah Khidmat Setia

SEPANG - Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) meraikan warga kerja syarikat itu yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 20 tahun dalam Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Setia Ke 13 - 2015.

Bagi tahun 2015, seramai 1,112 warga kerja Malaysia Airports layak menerima Anugerah Khidmat Setia dimana seramai 194 adalah penerima bagi kategori 20 tahun, 375 penerima bagi kategori 10 tahun dan selebihnya adalah penerima bagi kategori lima tahun. Kesemua penerima anugerah bagi kategori 10 dan 20 tahun diraikan dalam tiga majlis penghargaan berasingan, bermula di Sama-Sama Hotel KLIA pada hari ini, seterusnya di Kuching, Sarawak dan kemudiannya di Kota Kinabalu, Sabah. Setiap penerima anugerah akan menerima sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium BSN. Manakala penerima bagi kategori lima tahun akan menerima sijil penghargaan melalui Ketua Bahagian masing-masing.

Dalam majlis yang sama, buat pertama kalinya seramai  30 warga kerja yang bakal bersara daripada perkhidmatan turut sama diraikan bagi menghargai jasa mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Malaysia Airports.

Dalam ucapan pembukaan majlis tersebut, Tan Sri Dato' Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih beliau kepada kesemua penerima anugerah di atas kesetiaan dan komitmen kerja mereka yang berterusan kepada syarikat itu, dan turut menambah bahawa setiap kejayaan cemerlang yang dicapai Malaysia Airports pada hari ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa dedikasi dan pengalaman kerja setiap warga kerjanya, "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada warga kerja Malaysia Airports yang telah lama berkhidmat dengan penuh rasa setia dan dedikasi kepada syarikat. Malaysia Airports sangat bertuah kerana mempunyai warga kerja yang sangat komited dan sesungguhnya kejayaan demi kejayaan yang dicapai Malaysia Airports pada hari ini adalah hasil daripada usahasama dan kerja kuat anda semua."

Anugerah Khidmat Setia ini adalah salah satu daripada aktiviti penglibatan pekerja yang telah diadakan setiap tahun oleh Malaysia Airports yang bukan sahaja bertujuan untuk menghargai sumbangan warga kerja yang telah banyak berjasa tetapi  juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan seimbang dikalangan warga kerjanya.

You might also like:

SEPANG - Penang continues to demonstrate its attractiveness as a top travel destination as…

Malaysia Airports and Kraftangan Malaysia Showcase Malaysia’s Vibrant Textiles Heritage…

Section Heading