Malaysia Airports Sumbang RM35,000 Barangan Keperluan Harian Sempena Aidiladha
Di samping agihan daging korban sumbangan Kerajaan Negeri Selangor, majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Masjid KLIA, Sepang
Di samping agihan daging korban sumbangan Kerajaan Negeri Selangor, majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Masjid KLIA, Sepang
SEPANG – Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Malaysia Airports bersama komuniti Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah menyempurnakan ibadah korban baru-baru ini dengan menyumbang sebanyak 6 ekor lembu. 4 ekor daripadanya merupakan sumbangan daripada pihak pengurusan ibadah korban Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, iaitu sebuah masjid di bawah pentadbiran Malaysia Airports. Manakala, selebihnya sumbangan daripada komuniti KLIA.