Section Heading

Scam Alert Scam Alert                  

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

MYAirportCARES

Lebih 3,100 Petugas Barisan Hadapan Dan Penumpang Di Lapangan Terbang Seluruh Negara Terima Sumbangan Juadah Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan

SEPANG – Malaysia Airports menyantuni lebih 3,100 orang para petugas barisan hadapan serta para penumpang di tujuh lapangan- lapangan terbang kendaliannya di seluruh negara dengan menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa sepanjang empat minggu di bulan Ramadan sejak 13 April lepas.

2,000 Units of #MYAirportCARES Comfort Kits Donated To Tireless Front Liners At Hospital Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Malaysia Airports has donated 2,000 units #MYAirportCARES comfort kits containing sleeping bags, toiletries and chocolates to the dedicated front liners at Hospital Sungai Buloh (HSB) who are working tirelessly to handle the COVID-19 pandemic in the country. 

Lebih 600 Pelajar Di Semporna Terima Sumbangan MYAirportCARES Bernilai RM120,000

SEMPORNA, SABAH – Malaysia Airports menerusi inisiatif Program Tanggungjawab Korporat (CR) Malaysia Airports, MYAirportCARES telah menyumbang pek kelengkapan asas sekolah kepada 628 pelajar daripada komuniti daerah Semporna yang bernilai RM120,000.00 baru-baru ini. Inisiatif ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar dalam mengharungi sesi persekolahan di norma baharu ini. Terkini, inisiatif MYAirportCares ini telah menyantuni lebih 4,000 pelajar secara keseluruhan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.

111 Orang Pelajar Di Lawas Terima Pek MyAirportCares Sumbangan Ceria Kembali Ke Sekolah Oleh Malaysia Airports

LAWAS, SARAWAK– Seramai 111 orang pelajar menerima sumbangan pek MYAirportCARES yang berupa barangan kelengkapan untuk kembali ke sekolah dengan peruntukan berjumlah keseluruhan sebanyak RM27,000 bagi agihan di Lawas. Penyampaian pek tersebut yang diketuai oleh En Mohd Jauhari Abdullah selaku Pengurus Lapangan Terbang Miri (MYY) yang juga bertanggungjawab menjaga operasi Padang Terbang atau STOLport Lawas (LWY) telah disempurnakan pada 1 April yang lepas di Dewan Sekolah, SK Kampung Seberang Kuala Lawas.

240 Orang Terima Sumbangan Baucar Beli Belah Persiapan Perayaan MyairportCares Ceria Aidilfitri Berjumlah RM120,000

SUBANG – 240 penerima dari komuniti KLIA dan Subang telah menerima sumbangan baucar membeli-belah RM500 setiap satu daripada Malaysia Airports melalui program tanggungjawab korporat (CR) MYAirportCARES Ceria Aidilfitri. Baucar yang keseluruhannya berjumlah RM120,000 ini bertujuan untuk membantu para penerima membuat persiapan perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Majlis penyerahan  tersebut telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

330 Keluarga B40 Sekitar Miri Dan Marudi, Sarawak Terima Sumbangan Pek Keperluan Asas #MYAirportCARES

MIRI– Terbaharu, 330 keluarga dari kawasan Miri dan Marudi, Sarawak menerima sumbangan pek keperluan asas #MYAirportCARES. Mereka merupakan sebahagian daripada 1,840 senarai penerima B40 dalam sebuah inisiatif tanggungjawab korporat (CR) Malaysia Airports yang disokong oleh PERMAIxGDRN (Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia x GLIC/GLC Disaster Response Network).

Section Heading